
Dengan kesempatan ini, saya sebagai Pengerusi Majlis Daerah Marudi ingin merakamkan tahniah dan mengalu-alukan di atas usaha dan kejayaan Majlis untuk mewujudkan satu lagi bentuk perkhidmatan kepada orang ramai iaitu perkhidmatan melalui Laman Web Majils Daerah Marudi yang disediakan.
Usaha Majlis Daerah Marudi untuk membangun Laman Web ini adalah tepat pada masanya dan sesuai dengan era globalisasi serta sejajar dengan Dasar Kerajaan dalam Pembangunan Teknologi Maklumat (IT) dan Koridor Raya Multimedia (MSC) bagi mewujudkan Kerajaan Elektronik (E-Government) pada zaman yang mencabar ini.
Saya percaya dan berharap Laman Web Majlis yang disalurkan melalui rangkaian Internet ini akan dapat memberi segala maklumat dan perkhidmatan dengan cepat dan tepat yang diperlukan oleh para pengguna khususnya pelanggan-pelanggan Majlis. Selain daripada itu ia juga diharapkan dapat mempromosi dan memperkenalkan Daerah Marudi kepada Masyarakat Umum dalam dan Luar negeri.
Saya yakin bahawa segala maklumat yang dimuatkan dalam Laman Web Majlis ini akan memberi manfaat dan dapat dikongsi bersama untuk memperbaiki lagi perkhidmatan Majlis Daerah Marudi kepada orang ramai dari masa ke semasa.
Sekian. Terima Kasih.
JOSEPH BELAYONG AK PUNAN
Pengerusi,
Majlis Daerah Marudi.















