swak_crest
100_logo
iso_logo

Arkib

Statistik

  • 84This post:
  • 9363Total reads:
  • 7Reads today:
  • 5609Total visitors:
  • 6Visitors today:
  • 814Visitors per month:
  • 0Visitors currently online:

Objektif dan Fungsi

OBJEKTIF MAJLIS DAERAH MARUDI

Memberi perkhidmatan Bandar dan Luar Bandar yang cekap dan memuaskan.
Membawa dan melaksanakan lebih banyak pembangunan infrastruktur dan ruangniaga untuk masyarakat tempatan.
Mewujudkan persekitaran Bandar dan desa yang bersih dan indah.
Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.
Mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab, bekerjasama dan berkesedaran sivik yang tinggi.
Memberi perkhidmatan kepada pembayar cukai dengan penuh ramah mesra dan cekap.
Sebagai organisasi yang sensitif dan bertanggungjawab kepada hal ehwal kakitangan serta membina dan membentuk ahli anggota yang berdisiplin, berkemahiran dan berilmu.


FUNGSI & TANGGUNGJAWAB MAJLIS

Fungsi dan tanggungjawab Majlis adalah dijalankan melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Pentadbiran Am Pejabat
Urusan surat-menyurat dan sistem fail.
Urusan percetakan dan bekalan alatulis, dokumen dan borang pejabat.
Urusan keselamatan pejabat/dokumen.
Urusan perhubungan ke luar pejabat.
Penggunaan dan penyenggaraan papan notis pejabat.
Penyenggaraan alat perabot dan mesin-mesin pejabat.
Mengendali dan menyediakan mesyuarat dan minit-minit mesyuarat majlis.
Urusan penggunaan bangunan-bangunan dan kenderaan majlis.
Urusan hal-hal protokol.

Perkhidmatan dan Perjawatan
Cadangan-cadangan perjawatan.
Pengambilan /pengisian/perlantikan jawatan.
Peperiksaan perkhidmatan.
Pengesahan dalam jawatan.
Pemberian taraf pekerja berpencen.
Kursus/seminar/bengkel.
Urusan kenaikan pangkat.
Memangku/menanggung kerja/menjalan tugas.
Urusan tindakan tatatertib kerana kesalahan tata kelakuan.
Urusan permohonan pelbagai cuti.
Urusan pertukaran tempat kerja.
Penilaian prestasi pergerakan gaji.
Urusan persaraan kakitangan.
Penamatan perkhidmatan kakitangan.
Mengurus permohonan-permohonan untuk pelbagai elaun, tambang percuma, rawatan perubatan, pinjaman kerajaan dan lain-lain aktiviti.

Perbendaharaan
Pengurusan kewangan dan pelaburan
Urusan bayaran gaji, perkhidmatan dan pembelian.
Urusan kutipan hasil, cukai, lesen dan lain-lain.
Pembayaran caruman pencen, KWSP, dan lain-lain.
Menyediakan laporan/penyata kewangan bulanan dan tahunan.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.

Penilaian dan Pencukaian
Menilai semula bangunan-bangunan untuk tujuan cukai.
Memproses/menyedia bil-bil cukai.
Membuat analisa tentang cukai-cukai yang telah dibayar dan yang belum dibayar.
Menyediakan anggaran hasil kadaran/cukai bagi anggaran belanjawan tahunan majlis.
Menyediakan tuntutan bayaran kadar daripada kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
Memproses permohonan-permohonan untuk mengurang atau menghapus cukai.
Mengemaskini dan menyimpan rekod-rekod harta benda bercukai.

Perkhidmatan Perpustakaan Awam
Pentadbiran dan pengurusan perpustakaan awam dan Perpustakaan Desa.
Memproses dan menyedia buku-buku perpustakaan.
Menyediakan bahan-bahan bacaan, rujukan dan sebagainya.
Memproses permohonan untuk menjadi ahli perpustakaan.
Memproses dan menyimpan rekod-rekod ahli serta mengutip yuran daripada ahli-ahli.
Menyimpan dan megemaskini Rekod Inventori Buku Perpustakaan.
Memproses dan menyusun buku mengikut klasifikasi dan menyediakan katalog buku-buku.
Memastikan keselamatan buku-buku dan menjaga kebersihan Perpustakaan Awam.

Unit Penguatkuasaan
Penguatkuasaan undang-undang kecil Majlis, Ordinan Penguasa-penguasa Tempatan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
Memproses permohonan-permohonan permit untuk menggunakan tempat awam.
Mengeluarkan notis dan mengambil tindakan undang-undang kepada pesalah-pesalah yang terbabit.

Kesihatan Awam
Bertanggungjawab ke atas kesihatan awam dan alam sekitar dalam kawasan kawalannya.
Pengawalan penyakit berjangkit, pengawalan Vektor, lalat dan Anti-Dengue.
Pengawalan mutu makanan/minuman kepada orang ramai.
Perkhidmatan pengutipan dan pelupusan sampah sarap.
Kebersihan perparitan.
Pengurusan dan penyenggaraan pasar-pasar dan tandas awam.
Memproses dan mengeluarkan lesen-lesen termasuk memeriksa tempat-tempat perniagaan.
Memeriksa bangunan-bangunan dan pelan-pelan bangunan.
Menguatkuasakan Akta Makanan Undang-undang Kecil, peraturan-peraturan Makanan dan Kesihatan.

Kerja Raya
Bertanggungjawab ke atas perlaksanaan projek-projek pembangunan.
Penyenggaraan jalan raya, jambatan, perparitan, lampu jalan, kawasan tanah lapang, taman permainan dan rekreasi dan bangunan-bangunan Majlis.
Memproses dan mengurus dokumen-dokumen tender dan Perjanjian Kontrak.
Memproses permohonan-permohonan bagi pelan-pelan bangunan dan memeriksa pembinaan bangunan-bangunan sebelum mengeluarkan Sijil Layak Menduduki.


PERKHIDMATAN & PENYENGGARAAN
Sebagai sebuah Penguasa Tempatan, Majlis Daerah Marudi juga memberi perkhidmatan tertentu kepada keperluan dan kehendak penduduk-penduduk tempatan seperti berikut;

Perkhidmatan pembuangan sampah.
Perkhidmatan lampu jalan.
Perkhidmatan penyenggaraan jalan raya, parit dan longkang, taman rekreasi / taman permainan kanak-kanak / kawasan lapang dan landskap.
Perkhidmatan perpustakaan, market / lock-up stall / tamu, tandas awam, rumah sembelih, dewan masyarakat dan rumah rehat / rumah sakai.