swak_crest
100_logo
iso_logo

Arkib

Statistik

  • 143This post:
  • 9363Total reads:
  • 7Reads today:
  • 5609Total visitors:
  • 6Visitors today:
  • 814Visitors per month:
  • 0Visitors currently online:

Latarbelakang

Majlis Daerah Baram telah ditubuhkan pada 1 Januari 1957. Kemudian pada 1 Januari 1991 nama Majlis ditukarkan kepada Majlis Daerah Marudi.

pejabat2Pejabat pertama Majlis Daerah Marudi

Majlis Daerah Marudi merangkumi keluasan 22, 069.96 km/segi. Berasaskan anggaran tahun 1999, sebanyak 88, 800 orang penduduk menetap di kawasan kawalan Majlis Daerah Marudi. Kawasan-kawasan yang terletak di bawah pentadbiran termasuk Bandar Marudi, Pekan Beluru, Pekan Bario, Pekan Long Bedian, Pekan Long Lama, Pekan Long Akah, Kampung Long Bemang, Kampung Long San, Kampung Long Miri, Kampung Long Naah, Kampung Long Laput, Kampung Long Panai, Kampung Long Kevok, Kampung Long Terawan, Kampung Long Jegan dan Kampung Long Loyang.

pejabat3Pejabat kedua Majlis Daerah Marudi

Sebagai sebuahPenguasa Tempatan, Majlis Daerah Marudi bertanggungjawab ke atas pembangunan dan kemakmuran kawasan dibawah bidangkuasanya serta berazam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan dasar, polisi dan wawasan Negara.

pejabatPejabat Majlis Daerah Marudi sekarang

Pada tahun 2000, Majlis Daerah Marudi mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu rangkaian Internet yang dapat berinteraksi dengan dunia luar melalui Laman Web Majlis Daerah Marudi. Dengan adanya laman web, informasi dapatlah disampaikan dengan mudah dan cepat. Kami di Majlis Daerah Marudi sentiasaberusaha mengemaskini Laman Web ini agar informasinya adalah tepat dan terkini.

Semua cadangan dan pendapat dapat disampaikan kepada Majlis Daerah ini melalui E-mel. Kami akan cuba sedaya upaya untuk mengambil tindakan selanjutnya.