Majlis Daerah Baram telah ditubuhkan pada 1.1.1957 sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Artikel 3, Ordinan Penguasa Tempatan (The Local Authority Ordinance) (Chapter 117) yang telah diwartakan melalui Warta Kerajaan No.: B.N. 1994 Tahun 1956 (Part IV). Nama Majlis Daerah Baram kemudiannya ditukar kepada Majlis Daerah Marudi pada 1.1.1991 melalui Warta Kerajaan No.: S.W.K. L.G. 15 bertarikh 28.2. 1991.

Majlis Daerah Marudi merangkumi kawasan seluas 22,069.96 KM persegi dan pada asalnya bidangkuasa Majlis dibahagikan kepada beberapa kawasan (ward) dan setiap “ward” itu diwakili oleh seorang Konselar yang dipilih ataupun dilantik seperti berikut;

ward

Dari Tahun 1957 hingga 1962 Sistem Pengisian jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis adalah dijalankan melalui lantikan terus (nominated) oleh pihak Kerajaan dan mereka yang dilantik itu terdiri daripada berbilang kaum dari “ward” masing-masing kecuali jawatan Pengerusi yang disandang oleh Pegawai Daerah Baram.

Dalam Tahun 1963, Pilihan Raya Pertama Majlis telah diadakan untuk memilih 17 orang Ahli-Ahli Majlis yang terdiri daripada pelbagai parti Politik untuk mewakili 17 “wards”. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi adalah dilantik dari antara Ahli-Ahli Majlis yang dipilih (elected members).

Pada 1.11. 1981 berikutan dengan penyusunan Semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Negeri Sarawak, Konselar-Konselar baru telah dilantik (nominated) oleh Kerajaan terdiri daripada seorang Pengerusi (Pegawai Daerah Baram), Timbalan Pengerusi dan 16 orang ahli Majlis daripada pelbagai Parti Politik Komponen Barisan Nasional.

Pada masa sekarang, kawasan pentadbiran Majlis Daerah Marudi merangkumi Daerah Marudi, Daerah Kecil Long Lama dan Daerah Kecil Bakong dengan bilangan penduduk berjumlah 88,800 berdasarkan angka statistik Tahun 1999. Kaum-kaum yang terdapat di Daerah Baram adalah terdiri daripada Kaum Kayan, Kenyah, Iban, Melayu, Cina, Kelabit, Berawan, Penan dan lain-lain lagi.

Sebagai sebuah Penguasa Tempatan, Majlis Daerah Marudi bertanggungjawab ke atas pembangunan dan kemakmuran kawasan di bawah bidangkuasanya serta berazam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan dasar, polisi dan wawasan Negara.

Pengerusi-Pengerusi Majlis Daerah Marudipengerusi