Bersempena dengan hari gotong-royong 5S hari ini, sesi senamrobik telah diadakan di perkarangan pejabat Majlis pada jam 7:30 pagi tadi. Semua anggota Majlis telah turut serta dalam aktiviti ini termasuk Tuan Setiausaha.
|
|||||
|
Bersempena dengan hari gotong-royong 5S hari ini, sesi senamrobik telah diadakan di perkarangan pejabat Majlis pada jam 7:30 pagi tadi. Semua anggota Majlis telah turut serta dalam aktiviti ini termasuk Tuan Setiausaha.
Sukan di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (KKTPK) Sarawak telah diadakan pada 7-9hb Oktober 2011. Sukan kali ini telah diadakan di Sibu yang mana turut disertai oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS). Majlis Daerah Marudi telah menghantar kontingennya yang diketuai oleh Tuan Setiausaha bagi acara Bola Sepak, Futsal Lelaki dan Perempuan, Bola Tampar, Badminton, Ping Pong dan Dart. Daripada 7 acara yang disertai, Majlis cuma berjaya mara ke peringkat suku akhir sahaja iaitu bagi acara Futsal Lelaki dan Bola Tampar.
Sempena Regatta Baram 2011 dan juga untuk menceriakan lagi suasana perkarangan pejabat Majlis Daerah Marudi, tembok pagar pejabat yang selama ini kosong, kini telah diceriakan dengan ukiran orang ulu. Tema ukiran orang ulu ini sangat sesuai memandangkan majoriti kaum di Daerah Baram adalah terdiri daripada kaum orang ulu.
Kerja-kerja mengukir dilakukan secara gotong-royong oleh anggota-anggota Majlis terutama mereka yang dari keturunan orang ulu. Tembok yang selama ini kosong sahaja, kini nampak lebih ceria dan unik. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Untuk makluman semua, bagi tahun 2011 seluruh Majlis Daerah di Sarawak iaitu sebanyak 20 buah, telah diarahkan untuk mempertingkatkan Kebersihan Tandas Awam masing-masing sebagai KFAnya. Objektif KFA 2011 ialah seperti berikut; 1. Mewujudkan Prosedur Operasi yang standard berdasarkan Malaysian Standard MS 2015 yang merangkumi;
2. Memastikan tahap kebersihan tandas-tandas awam adalah sekurang-kurangnya TIGA(3) Bintang 3. Mengurangkan aduan awam dan mempertingkatkan kepuasan pelanggan. Kumpulan Petugas KFA 2011 yang dianggotai oleh kesemua 20 Majlis Daerah telah bermesyuarat di Miri pada 3hb Mac 2011 dan di Kuching pada 25-27hb Mei 2011. Hasil daripada mesyuarat tersebut, sebanyak 154 buah tandas awam seluruh Negeri Sarawak telah dikenalpasti dan dimasukkan ke dalam KFA ini.
Majlis Penyampaian Sijil dan Pelancaran Buku Info MS ISO 9001:2008 serta Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2011 telah berlangsung pada 19hb September 2011 (Isnin) jam 7:30 malam, bertempat di RH Hotel, Sibu yang mana telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak iaitu Y.B. Dato Sri Wong Soon Koh. Turut hadir ialah Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak iaitu Y.B. Dr. Stephen Rundi Utom.
Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Majlis telah berlangsung bermula hari ini iaitu 12hb September 2011 dan esok 13hb September 2011; 1. Jawatankuasa Kewangan, Perjawatan dan Tender – 12hb September 2011 @ 8:30 pagi Kemuncak mesyuarat ialah Mesyuarat Agung Bil.2/2011 yang akan berlangsung pada 15hb September 2011 @ 8:30 pagi. Mesyuarat telah diadakan pada 27hb Julai 2010 (Selasa) di bilik mesyuarat Majlis. Antara perkara yang dibincangkan ialah; 1. Pelan Pelaksanaan 2010 2.Pelaksanaan Aktiviti ‘Tagging’; dan 3.Gotong-Royong Sisih
|
|||||
|
Copyright © 2012 Majlis Daerah Marudi - All Rights Reserved |
|||||